kanak2

4 Tips Jaga Gigi Kanak-Kanak Supaya Cantik Dan Sihat

Kanak-kanak sukakan Dr gigi yang peramah
Didik kanak-kanak berjumpa doktor gigi seawal usia 1 tahun

Tips No. 4 wajib kita ikut untuk gigi kanak-kanak kekal cantik dan sihat sebelum dapat gigi kekal.

Terkejut Neelopa tengok anak Jirannya, umur 5 tahun gigi putih cantik tak berkarang. Masalah gigi kanak-kanak rosak di awal usia tidak pernah selesai. Tidak dinafikan, ramai juga kanak-kanak yang memiliki gigi yang sangat sihat dan cantik sehingga gigi kekal tumbuh. Apakah punca dan solusinya?

Hari ini, Dr akan bagi 5 tips, wajib bagi ibu bapa untuk menjamin gigi anak-anak sihat dan cantik masa besar nanti.

Tip 1: Wajib gosok gigi kanak-kanak atau baby sebelum gigi pertama tumbuh

Macam mana nak gosok gigi kalau tak ada gigi? Maksud Dr adalah, jika baby masih tidak bergigi, mulut dan gusi baby perlulah sentiasa dicuci, dibilas, diurut dan dilap menggunakan kain lembab yang lembut. Mulut baby sentiasa berbau masam disebabkan minum susu.
Jadi, selalulah amalkan tips ini sehingga semua gigi baby tumbuh dan sudah pandai berus gigi sendiri. Selain itu, tips ini dapat melatih baby untuk gosok gigi sebab sudah menjadi rutin sejak kecil

Tip 2: Bawa kanak-kanak Jumpa dentist seawal usia 6 bulan

Ini ada tips yg sangat wajib. Kenapa? Kerana Dr lebih arif untuk menilai tahap perkembangan gigi anak-anak. Gigi susu sangat penting kerana kanak-kanak memerlukan gigi susu ini selama 12 tahun sebelum gigi kekal tumbuh. Jadi, selalulah bawak semua anak-anak ke klinik gigi yang berdekatan.
.
kanak-kanak yang sihat
gigi kanak-kanak berlapis

Tips 3: Ceraikan botol susu seawal yang mungkin untuk elak gigi kanak-kanak jongang ketika dewasa kelak

Tips ini ramai yang tidak tahu. Betul, hisap puting susu botol dan hisap jari adalah salah satu punca utama kenapa gigi kita jongang dan mulut senget ketika dewasa, selain daripada warisan DNA keturunan mak ayah nenek kita.
Kenapa boleh jadi begini? Sebab pada usia kanak-kanak, perkembangan gigi dan rahang adalah sangat pesat dan daya yang dikenakan pada gigi dan rahang semasa hisap botol adalah sangat kuat dan mempengaruhi susunan gigi.
Apabila puting botol susu diisap, dikemam 24 jam sehari, akan ada daya tolakan kedepan pada rahang atas dan bawah kanak-kanak menyebabkan berlakunya gigi jongang. oh, Dr lupa. Hisap jari juga boleh menyebabkan jongang ok.

Tips 4: Jangan biarkan kanak-kanak tidur sambil hisap botol susu

ini adalah tips paling penting untuk elak gigi reput. jangan bagi mereka tidur dengan botol susu kerasa susu akan bergenang dan bertakung dalam mulut sehingga pagi. Susu mengandungi kandungan gula yang tinggi dan boleh mengakibatkan gigi reput.
Jadi, sila amalkan tips penjagaan gigi ini untuk kebahagian kanak-kanak. Jangan sampai mereka diejek oleh rakan sebaya. Kerana ejekan itu sangat mempengaruhi emosi kanak-kanak untuk lebih aktif bersosial
.
Share dan like Tips ini. Moga bermanfaat
.
hubungi kami SEKARANG !